Mohamad Salah Ambil Jersi No. 10 Milik Sadio Mane?

Mohamad Salah Ambil Jersi No. 10 Milik Sadio Mane?

LONDON: Selepas pemergian Sadio Mane ke Bayern Munich, jersi No. 10 tidak mempunyai ‘tuan’, malah penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez tidak berminat memakai nombor berkenaan.

Dalam aksi pramusim di ­Si­ngapura kelmarin, Reds mengeluarkan senarai rasmi pemain yang akan menentang Crystal Palace, dan Salah didaftarkan dengan No. 10.

Biarpun bintang Mesir itu kekal menggunakan jersi lamanya, No. 11 dalam perlawanan tersebut, namun desas-desus mengatakan dia mungkin bertukar kepada No. 10 apabila musim baharu bermula.

Berita itu mengujakan penyokong Reds, apatah lagi Salah memakai nombor berkenaan bersama skuad kebangsaan negaranya.

MOHAMED Salah (kanan) tetap memakai jersi No. 11 ketika menentang Crystal Palace di Singapura kelmarin.

Dia juga dianggap legenda Liverpool, dan memakai No. 10 meletakkannya sebaris ­dengan bintang dunia seperti Pele, ­Diogo Maradona serta ­Lionel Messi.

Begitupun, nombor apa yang akan dipakai oleh pemain berusia 30 tahun itu belum diputuskan kerana sepanjang lima tahun menggunakan jersi No. 11, ia jelas membawa tuah buat Salah.

Sebelum Mane memakai jersi 10, nombor tersebut digunakan oleh Philippe Coutinho, Michael Owen dan John Barnes.

DIEGO Maradona antara legenda yang pernah menggunakan jersi No. 10.

Sementara itu, Reds tidak menunggu lama untuk bangkit daripada kekalahan 0-4 kepada Manchester United dalam aksi pramusim di Bangkok, Selasa lalu apabila menewaskan Crystal Palace 2-0 di Singapura ­kelmarin.

Jaringan ketua pasukan, Jordan Henderson dan Salah pada setiap babak cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat anak-anak buah Jurgen Klopp.

Begitupun, seperti mana ketika menentang United, Klopp menjadikan perlawanan itu sebagai platform menguji pasukan dengan menggunakan 32 pemain untuk berdepan The Eagles. – AGENSI

Mohamad Salah Ambil Jersi No. 10 Milik Sadio Mane?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker