Ikan satu tasik mati selepas diberi makan pelancong

Penduduk tempatan telah diberi amaran supaya tidak memberi ikan makan. – Colin Bradshaw / SWNS

LONDON – Pelancong yang memberi makan ikan di sebuah lokasi pelancongan di Britain dipersalahkan setelah hampir semua ikan di dalam tasik ber­kenaan mati, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Persatuan Memancing Ramsbottom melaporkan isu kematian ikan di Clarence Lido, Greater Manchester itu kepada Agensi Alam Sekitar awal tahun ini.

Mereka mendapat laporan tentang peningkatan jumlah ikan yang mati selepas semua­nya mengalami jangkitan kuman.

Isu itu ternyata berpunca daripada makanan yang dibuang ke dalam air oleh pelancong yang cuba memberi ikan makan lalu mereput.

Situasi itu yang ditambah dengan kehadiran alga biru-hijau, telah mewujudkan ‘tempat pembiakan ideal’ untuk bakteria sehingga menyebabkan kawasan itu tidak sesuai untuk habitat ikan.

“Kehadiran bakteria dan kulat menyebabkan ikan tidak dapat sembuh daripada jangkitan yang dialami kerana persekitaran kurang baik dan membawa kepada kematian.

“Sebilangan besar ikan yang dijangkiti telah dimasukkan ke dalam tasik itu pada 2021.

“Disebabkan keadaan yang dihadapi, ikan-ikan itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan kemudiannya mati,” demikian laporan Agensi Alam Sekitar.

Persatuan memancing itu kini bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk me­ningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang memberi ikan makan dengan ‘cara yang bertanggungjawab’ dan disokong oleh Agensi Alam Sekitar serta Majlis Bury.

Alga biru-hijau yang terdapat di dalam air juga berbahaya kepada anjing. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker