Lelaki Jepun buat 9,313 tempahan palsu terhadap Romancecar

Kereta Api Elektrik Odakyu membolehkan penumpang menempah tempat duduk tanpa membayarnya terlebih dahulu. – Sora News.

TOKYO – Seorang lelaki Jepun ditahan selepas membuat 9,313 tempahan tempat duduk dalam kereta api mewah dan tidak membayarnya, lapor laman be­rita Sora News.

Romancecar ialah kereta api ekspres terhad yang dikendalikan syarikat Odakyu Electric Railway. Ia menyediakan per­khidmatan dari Tokyo ke bandar Hakone dan Gotemba serta menawarkan pemandangan indah Gunung Fuji.

Romancecar lebih mewah dan tambangnya dua kali ganda lebih mahal berbanding kebanyakan kereta api lain. Penumpang akan dihidangkan makanan dan kereta api itu mempunyai tingkap tontonan khas memaparkan pemandangan semasa perjalanan.

Seorang penduduk berusia 48 tahun dari bandar Shinki, Saitama tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima ketika menaiki kereta api Romancecar lalu bertindak membalas dendam.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan Tokyo, suspek membuat 9,313 tempahan tempat duduk pada Romancecar antara Mac hingga November tahun lalu tetapi tidak membayar atau menaikinya.

Kira-kira 90 peratus daripada tempahan itu adalah untuk tempat duduk di dek pemerhatian yang mempunyai pemandangan lebih cantik dan mendapat permintaan ramai.

Suspek mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah ditahan polis. Suspek mengatakan bahawa dia kecewa dengan pekerjaannya selain tidak menyukai sikap konduktor dan kru Romancecar.

Ketika menaiki kereta api tersebut, suspek menjadi marah apabila penumpang lain sedang minum dan bising di dek pemerhatian tetapi tiada kakitangan datang untuk menghentikan mereka.

Tiada penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung syarikat dan cara suspek membayar untuk salah lakunya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker