Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka, ini jawapan Najib
Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka, ini jawapan Najib
Datuk Seri Najib Razak hairan dengan gelagat pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang tidak penat mengelirukan rakyat apabila meramalkan Malaysia akan bankrap selepas Sri Lanka.
Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook Najib menyenaraikan perbezaan Malaysia dan Sri Lanka dari pelbagai sudut sebagai bukti keadaan di dua-dua negara adalah berbeza bukan seperti yang dimomokkan pemimpin PH.
Katanya, Masalah Sri Lanka ialah kekurangan rizab matawang asing (FOREX) untuk membeli barang import dan membayar hutang matawang asing.
Beliau berkata, rizab matawang asing Sri Lanka juga semakin berkurang sebab negara itu telah bertahun-tahun mencatatkan defisit perdangangan antarabangsa iaitu nilai import lebih tinggi banding nilai eksport.
“Negara Sri Lanka yang merupakan net importer bahan api sedang menghadapi masalah besar mengimport bahan api untuk petrol dan untuk menjana kuasa elektrik setelah harga minyak dan gas dunia telah melambung tinggi,” katanya.
Menurut Najib, keadaan di Sri Lanka sana adalah jauh berbeza dengan Malaysia di mana hutang Sri Lanka dalam matawang asing sebanyak US$51b dengan rizab asing cuma US$2.4b.
Sedangkan, katanya, hutang Malaysia dalam matawang asing sebanyak US$6b tetapi rizab asing kita adalah US$116b.
Sri Lanka juga, menurut Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lama.
“Malaysia pula telah mencatat kelebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu,” katanya.
Najib turut menarik perhatian bahawa Sri Lanka adalah negara pengimport bahan api dan harga dunia yang tinggi merupakan beban besar padanya.
Malaysia pula merupakan negara pengeksport bahan api dan harga minyak dan gas dunia yang tinggi merupakan manfaat besar bagi negara.
“Jadi, bagaimana pula Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka?
“Tetapi geng PH tidak kisah tetapi akan menggunakan kesempatan ini untuk menipu, menakutkan dan menghasut Rakyat,” katanya.
Beliau turut merujuk laporan media tentang perkembangan terkini di Sri Lanka di mana ketika ini rakyat negara itu perlu beratur hampir seminggu untuk membeli petrol.
“Lebuhraya Malaysia pula sesak dengan trafik ketika kami pulang untuk raya minggu lepas,” katanya.
Antara pemimpin PH yang kerap menyamakan keadaan di Malaysia adalah veteran DAP, Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri. MG
Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka, ini jawapan Najib
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul
Ambulans terbalik dilanggar jururawat