Polis cekup ahli perniagaan wanita menyamar ‘Datuk Kelantan’

Dua buah kereta milik seorang ahli perniagaan wanita yang dirampas di Port Dickson, Negeri Sembilan ekoran memasang lencana Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim semalam

KOTA BHARU – Gara-gara mempamerkan lambang dan lencana Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim pada dua buah keretanya, seorang ahli perniagaan wanita ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai individu berpangkat Datuk semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan pertengahan 50-an itu dicekup sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira pukul 12.20 tengah malam di sebuah rumah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penggunaan lambang atau lencana dipasang pada sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bertujuan untuk mempamerkan bahawa pemilik merupakan ahli majlis tersebut pada 26 Jun lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, polis menjalankan serbuan sebelum mendapati dua buah kereta ahli perniagaan tersebut iaitu kereta jenis Mercedes Benz dan BMW yang berada di dalam garaj rumah itu mempunyai lencana Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim.



“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku menggunakan lencana yang dibeli daripada seorang individu pada harga RM5,000 setiap satu sejak kira-kira tiga tahun lalu.

“Suspek tidak memberikan alasan kukuh mengenai penggunaan lambang tersebut selain memaklumkan tiada kaitan dengan mana-mana badan pertubuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, wanita itu dibawa ke IPD Kota Bharu sebelum direman selama tiga hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar dan Seksyen 5B Enakmen Lambang-Lambang Dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) kerana menggunakan gelaran anugerah yang tidak diiktiraf.

Tambahnya, polis memandang serius isu tersebut selain akan memantau dan mengambil tindakan terhadap kenderaan-kenderaan yang menggunakan lencana lambang tanpa kelulusan atau kebenaran. – KOSMO! ONLINE



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker