4 sebab pindaan perlembagaan UMNO perlu diluluskan RoS – Ahmad Maslan

AMPANG – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin pindaan perlembagaan parti tersebut akan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Beliau turut memberikan empat sebab bagi menyokong keputusan positif yang akan diumumkan oleh agensi tersebut pada Sabtu.

Ahmad berkata, sebab pertama adalah pindaan tersebut dibuat secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh RoS.



“Kedua, pemegang jawatan UMNO sekarang ini bukan ‘caretaker’ seperti yang diwar-warkan. Kita adalah pemegang jawatan yang sah.

“Ketiga, pindaan perlembagaan MCA yang hampir sama dengan yang dibuat oleh UMNO turut diluluskan.

“Keempat, adalah menjadi hak kepada pertubuhan untuk memikirkan dan membuat pindaan apa yang terbaik untuk anggota pertubuhan itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santai Durian di Kebun Che Mah, Kemensah di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, parti tersebut turut diberikan pilihan untuk mengadakan pemilihan parti sama ada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) atau 18 bulan selepas peristiwa berkenaan.



Dalam perkembangan lain, Ahmad turut yakin pihak RoS akan bersifat profesional berkenaan permohonan pindaan perlembagaan parti tersebut tanpa ada campur tangan daripada pihak lain.

“Saya positif RoS akan profesional dalam membuat keputusan.

“Oleh itu saya tidak mahu fikirkan pelan B, saya hanya ingin memikirkan pelan A iaitu pindaan berjaya diluluskan oleh RoS,” katanya.

Pada Rabu, pihak RoS belum mengeluarkan keputusan terhadap permohonan UMNO berhubung pindaan perlembagaan parti itu.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, biarpun jabatan itu di bawah seliaannya, namun RoS membuat keputusan secara bebas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker