Kemaraan ‘Gelombang hijau’ dalam PRN di Negeri Sembilan, Kerajaan Perpaduan akan kekal atau berubah?

SEREMBAN: Selepas kegagalannya memenangi mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan pada PRU 15 tahun lepas, timbul persoalan sama ada Perikatan Nasional (PN) akan melakukan lebih baik pada PRN 12 Ogos nanti.

“PAS tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Negeri Sembilan,” kata Jamaie Hamil dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada FMT sambil memetik keputusan pilihan raya 2018 di mana parti itu gagal memenangi sebarang kerusi.

Beliau berkata Bersatu juga menunjukkan prestasi buruk, biarpun bertanding di bawah lambang Pakatan Harapan dan mengggunakan sentimen anti-Barisan Nasional (BN).



Pada 2018, komponen PH DAP, PKR dan Amanah memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN yang ditawarkan, dengan BN memenangi baki 16 kerusi.

Dengan gabungan PH dan BN kali ini, PAS dan Bersatu mungkin lebih sukar untuk memberi impak di Negeri Sembilan, katanya.

Bagaimanapun, Bridget Welsh, penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, berkata kali ini mungkin agak berbeza.

“PN mendahulukan Bersatu dan memberi tumpuan kepada kawasan Melayu. Mereka memanfaatkan ketidakpuasan ekonomi dan menjadikan kempen sebagai referendum persekutuan (menentang pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim),” kata Welsh kepada FMT.



Beliau juga berkata terdapat ketidakpastian berhubung peralihan undi antara BN dan PH.

Bagi pihak mereka, BN dan PH tidak mengambil mudah perjuangan ini, dan telah memastikan kehadiran “nama besar” sebagai calon.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, kedua-duanya menteri persekutuan, masing-masing telah dicalonkan untuk bertanding kerusi di Rantau dan Chennah.

Pakatan perpaduan juga nampaknya telah menyelesaikan isu perit tentang siapa yang akan dinamakan sebagai calon menteri besarnya.



Pada Isnin, Presiden PH Anwar Ibrahim berkata gabungannya bersedia untuk mencalonkan menteri besar Aminuddin Harun bagi jawatan itu selepas perbincangan dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Ketua Umno negeri Jalaluddin Alias berkata keputusan muktamad belum dibuat.

“Ia bergantung kepada keadaan selepas pilihan raya. Ini perkara yang perlu dibincangkan oleh ketua kedua-dua parti selepas pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Jalaluddin berkata beliau tidak berminat untuk mengulas pencalonan Aminuddin kerana keutamaan sekarang adalah untuk mengukuhkan sokongan kepada gabungan perpaduan.



PN, bagaimanapun, tidak akan memikirkan isu menteri besar.

Sebaliknya, Setiausaha Negeri Sembilannya Nazree Yunus menegaskan bahawa rasa tidak puas hati terhadap isu-isu negara, termasuk keadaan ekonomi dan gabungan PH-BN yang “tidak berkesan” di peringkat persekutuan, adalah apa yang akan memihak kepada mereka.

“Saya rasa ada juga isu pengundi BN dan PH tidak boleh terima parti lain. Jadi, saya nampak peluang untuk kita menang di Negeri Sembilan.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker