Shahrol Shiro bersuara bukan sebab politik, tapi agama

Shahrol Shiro bersuara bukan sebab politik, tapi agama

Pelawak Shahrol Shiro, 38, menegaskan teguran yang diberikannya kepada pelakon, pengarah filem dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki di media sosial tidak berasaskan politik, namun lebih kepada mempertahankan kesucian agama Islam.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi dihubungi berkata, isu yang terjadi di dalam video tular oleh pelawak wanita itu membabitkan penghinaan terhadap agama Islam dan ia sama sekali tidak ada kaitan langsung dengan politik.



“Terus-terang saya cakap, langsung tidak ada kena-mengena dengan asas ataupun ideologi politik. Saya bercakap memang atas dasar kesucian agama kita itu dipersendakan dan melepasi garisan keamanan sebuah persembahan.

“Kalau dah lepas macam itu, ia bukan lagi timbul isu perbalahan politik. Melainkan, ianya adalah perkara yang bersifat politik. Jadi, ini kita letakkan agama di depan, bukannya politik atau pun apa. Dan dia (Afdlin) pun menegakkan atas dasar tempat tersebut, fikir pasal periuk nasi pelawak,” katanya kepada Harian Metro.

Shahrol menegaskan, teguran dibuatnya itu kerana mahu mempertahankan kesucian agama Islam berikutan ‘content’ yang dibawa oleh pelawak wanita itu juga dengan jelas mempersenda agama.

Menurut Shahrol lagi, apa komedinya dekat situ.



“Saya menegur memang kerana mempertahankan kesucian agama yang dipersendakan di dalam persembahan ‘stand up’ komedi pelawak wanita itu. Apabila dipersendakan yang terlibat adalah keseluruhan dan bukan sekadar wanita berkenaan saja.

“Kita nak tahu juga apa hubungan dia dengan penganjur, apakah penganjur meraikan ‘content-content’ seperti itu dan benda-benda ini pun sudah makin tular di media sosial. Ini sebabnya, kita mahu premis itu ditutup sementara supaya siasatan terperinci dapat dibuat,” katanya lagi.

Shahrol berkata, sebenarnya apabila tular perkara-perkara tidak bermoral sebegini, ia juga boleh mengganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, apatah lagi Malaysia adalah negara penuh adat dan budaya yang semuanya di sini sudah cantik.



“Dalam negara ini, agama Islam di depan dan majoritinya dianuti orang Melayu. Kita di sini (Malaysia) tidak meraikan liberalisme. Jadi, kesucian agama itu yang saya pertahankan dan tiada kaitan pun dengan politik,” katanya.

Terdahulu, berlaku insiden ‘balas-membalas’ kenyataan di antara Shahrol dan Afdlin di media selepas luahan pendapat Afdlin yang tidak bersetuju operasi kelab Comedy Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu dihentikan sementara berikutan onar dibuat seorang pelawak wanita.

Bagi Shahrol, tindakan menutup tempat itu sementara dan menghentikan operasi seketika adalah wajar agar dapat membantu pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci susulan apa yang berlaku, baru-baru ini. HM

Shahrol Shiro bersuara bukan sebab politik, tapi agama




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker