Pelik Hadi tak tahu mengenai perjanjian lantik TPM

Pelik Hadi tak tahu mengenai perjanjian lantik TPM

Sesuatu yang “pelik” sedang berlaku dalam PAS susulan pengakuan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, bahawa beliau adalah antara individu yang menyediakan draf perjanjian melantik timbalan perdana menteri tanpa pengetahuan Presiden, Abdul Hadi Awang.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara mempersoalkan bagaimana perkara yang begitu penting tidak diketahui ketua parti itu yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN).



“Agak pelik perjanjian begitu penting tidak diketahui presiden PAS, (perbincangan mengenai) pelantikan Jemaah Menteri perlu diketahui presiden parti kerana komposisi Jemaah Menteri akan menggambarkan kekuatan parti masing-masing dalam kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau juga menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai “pemimpin licik” kerana mampu mengawal kerajaan melalui Ismail Sabri Yaakob, menerusi perjanjian antara perdana menteri dan PN.

“Ini menunjukkan betapa liciknya percaturan politik Muhyiddin dalam mengawal kerajaan persekutuan melalui perdana menteri … dan bagaimana Ismail menjadi perdana menteri kerana sokongan Bersatu.

“Jadi tidak menghairankan perjanjian ini wujud,” katanya kepada FMT.



Beliau mengulas mengenai pendedahan Takiyuddin bahawa beliau antara individu utama membuat draf perjanjian berkaitan jawatan timbalan perdana menteri seperti dimaklumkan Muhyiddin, yang juga pengerusi PN.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu meminta Hadi merujuk setiausaha agungnya selepas presiden PAS itu mendakwa tidak wujud perjanjian pelantikan timbalan perdana menteri antara PN dan perdana menteri.

Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad, turut mendedahkan perjanjian itu ditandatangani Muhyiddin dan Ismail pada 17 Ogos 2021.

Selain jawatan timbalan perdana menteri, kandungan perjanjian itu antara lainnya menyentuh bilangan jawatan dalam Jemaah Menteri, khususnya kuota parti.



Mengulas lanjut, Azmi berkata, walaupun tindakan Takiyuddin membelakangkan presiden itu dilihat sebagai “kurang manis”, namun ia tidak perlu dilanjutkan sehingga tahap dikenakan tindakan disiplin.

Ini kerana, jelasnya, tindakan menuntut jawatan timbalan perdana menteri memperlihatkan perjuangan sebenar Bersatu yang “rakus” jawatan.

“Ini bola tanggung untuk PAS sebagai senjata untuk serang Bersatu,” kata Azmi.

“Kalau PAS mahu buat strategi untuk kenakan Bersatu, tidak perlu diambil tindakan terhadap Takiyuddin kerana ini peluang terbesar untuk beri gambaran tidak baik mengenai perjuangan sebenar Bersatu.” FMT



Pelik Hadi tak tahu mengenai perjanjian lantik TPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]



Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker