Pengantin jelita dipuji minta mas kahwin RM73
Pengantin jelita dipuji minta mas kahwin RM73
Seorang wanita dari Indonesia menjadi perhatian netizen apabila menetapkan mas kahwin berjumlah hanya 250,000 rupiah (RM73) meskipun memiliki rupa paras jelita, lapor portal Wolipop.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di Palembang itu dimuat naik di media sosial dan menunjukkan pengantin perempuan, Olivia Nansin bersama suaminya, Rahmad Wijaya dalam busana tradisional serba putih.
Usai proses akad nikah, kedua-duanya memegang wang kertas mas kahwin bernilai RM73 sebagai bukti penerimaan dengan raut wajah gembira.
“Ini baru cinta sejati, wajah persis bidadari namun, mas kahwinnya tidak membebankan suami dan tidak merendahkan si isteri,” komen seorang pengguna media sosial.
Dalam pada itu, Olivia berkata, majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana ringkas dan mendahulukan perkara yang wajib sahaja.
“Tiada tema atau konsep, apa yang penting majlisnya sah serta berjalan lancar,” ujarnya.
Sehingga kini, video tersebut sudah diulang tonton sebanyak 8,010 kali di laman Instagram. K Online
Pengantin jelita dipuji minta mas kahwin RM73
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman
You must be logged in to post a comment.