Neelofa, PU Riz korban dua ekor lembu sado

Neelofa, PU Riz korban dua ekor lembu sado

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail,27, atau PU Riz mengorbankan dua ekor lembu sado jenis Charolais masing-masing seberat satu tan dalam Majlis Korban Perdana, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba Tunjong di sini hari ini.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, berkata, lembu sado itu merupakan antara dua ekor daripada tujuh lembu korban yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa untuk diagihkan kepada 700 golongan asnaf di negeri ini dan anggota bomba.

Menurutnya, pertubuhan itu sentiasa prihatin terhadap golongan asnaf di seluruh negara dan berusaha membantu dengan pelbagai bantuan dan sumbangan.

“Kita memperuntukkan sebanyak 15 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini di empat buah negeri iaitu Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah.

“Di Kelantan, kita bekerjasama dengan JBPM untuk menumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua lembu sado jenis Charolais masing-masing seberat hampir satu tan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kerjasama antara pihaknya dengan Pertubuhan Kasih Neelofa itu bukan kali pertama apabila pihaknya pernah bergabung dalam dua program besar melibatkan misi bantuan awal banjir di Pasir Mas dan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Gua Musang baru-baru ini.

Katanya, JBPM Kelantan amat berbesar hati atas kerjasama dengan pertubuhan itu dalam program korban pada tahun ini. K Online

Neelofa, PU Riz korban dua ekor lembu sado


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker