Bukit Aman maklumkan wanita buka baju hina Islam telah ditahan

Wanita yang didakwa hina Islam sewaktu buat persembahan di sebuah kelab komedi telah ditahan polis, maklum Bukit Aman seperti dilapor Bernama.

Terdahulu tular video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen yang memaparkan wanita tersebut.

Dalam video itu, wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Sementara itu, kelab tersebut, ‘Crackhouse Comedy Club House’ dalam catatan Facebooknya mengecam sekeras-kerasnya kandungan video tular itu dan telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis TTDI.

“Individu terbabit dan pasangannya telah dilarang berada di venue berkenaan sebaik sahaja selesai persembahan,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur susulan satu klip video tular dipercayai menghina agama Islam.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker