Pak Arab ditahan polis bawa pisau ketika solat Aidiladha

 

Anggota polis memeriksa dan menahan seorang lelaki berketuranan Arab selepas disyaki membawa pisau ketika menunaikan solat sunat Aidiladha dalam kejadian di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing berketurunan Arab ditahan kerana membawa senjata tajam ketika mengunjungi Masjid Sultan Abu Bakar, di sini untuk menunaikan solat sunat perayaan Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi tadi.

Menurut beliau, kejadian berkenaan dikesan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS sedang membuat kawalan keselamatan di masjid berkenaan.

“Hasil pemeriksaan tubuh yang dijalankan mendapati suspek memiliki sebilah pisau bersarung dengan ukuran 33 sentimeter termasuk ulu pisau yang diselit di bahagian tali pinggang.

“Siasatan awal mendapati senjata berkenaan merupakan satu hiasan tradisi sempena musim perayaan di negara suspek namun perkara tersebut salah di sisi undang-undang negara.

“Sehubungan itu, lelaki warga asing berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Raub, jika disabitkan bersalah, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun beserta sebatan.

“Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan persekitaran mereka bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan pantas,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker