UMNO tanding solo, ini kata Dr Akmal

UMNO tanding solo, ini kata Dr Akmal

Sebarang keputusan mengenai Umno bertanding secara sendirian dalam pilihan raya hanya akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, kata ketua pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan anggota MKT Isham Jalil yang mencadangkan Umno perlu bergerak secara solo dalam pilihan raya akan datang.



“Esok ada mesyuarat MKT. Mungkin itu merupakan pandangan peribadi Isham Jalil. Sudah pastinya sebagai ahli parti segala keputusan perlu diputuskan dalam MKT.

“Maka, kita tunggu esok MKT, jika cadangan itu dipersetujui maka ia dipersetujuilah, jika tidak, ia mungkin sekadar pandangan peribadi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Isham berkata Yang di-Pertuan Agong hanya menitahkan pembentukan kerajaan perpaduan dengan PH bukan bergabung dalam pilihan raya.

Kenyataan Isham itu dikeluarkan selepas Umno hanya menang 19 kerusi walaupun bertanding di lebih 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) pada pilihan raya di enam negeri.



Sementara itu, Akmal juga berkata bahawa sayap Pemuda Umno akan membentangkan hasil bedah siasat PRN dalam mesyuarat MKT.

“Suka saya maklumkan hasil post mortem yang pemuda jalankan baru-baru ini akan dipersembahkan dalam mesyuarat esok.

“Ada yang cakap-cakap post mortem didiamkan sahaja.

“Sebenarnya, kita menunggu mesyuarat MKT.



“Kita akan bentangkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Mk

UMNO tanding solo, ini kata Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah



Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker