Johnny Debt minta sedekah tepi jalan

Johnny Debt minta sedekah tepi jalan

Seorang pengemis yang berpakaian seperti watak Kapten Jack Sparrow lakonan aktor, Johnny Depp diberi julukan Johnny Debt oleh netizen, lapor laman stesen penyiaran NDTV.

Rakaman video mengenainya menjadi tular apabila pengguna Twitter, @javrorar memuat naiknya di platform tersebut ketika pengemis itu sedang meminta sedekah.



Paparan menunjukkan ‘Johnny Debt’ atau ‘Johnny Hutang’ mengetuk cermin setiap kereta yang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat bagi mendapatkan wang.

Selepas mengumpulkan wang, dia memberikan senyuman seperti Jack Sparrow dan berlalu pergi. Lokasi rakaman video itu bagaimanapun tidak diketahui.

“Saya akan memberi AS$100 (RM441) hanya untuk usaha kerasnya berpakaian dan berlagak seperti Depp,” tulis seorang pengguna media sosial.

Video itu mendapat hampir lapan juta tontonan dan lebih 364,000 tanda suka. K Online



Johnny Debt minta sedekah tepi jalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat



MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker