Umno ada pelan lanjut, jika JPPM tak lulus pindaan perlembagaan

Umno ada pelan lanjut, jika JPPM tak lulus pindaan perlembagaan

Umno mempunyai pelan lanjut, jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) tidak meluluskan pindaan perlembagaan bagi membolehkan parti itu mengadakan pemilihan enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran pelan itu kerana masih dalam perancangan parti.



Tetapi katanya, Umno mengharapkan keputusan positif daripada JPPM ke atas pindaan yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan itu.

“Sehingga kini, kami masih menunggu kata putus JPPM yang dikatakan akan dibuat sebelum 16 Julai ini. Malah, Umno telah menyerahkan segala dokumen dan keperluan seperti dikehendaki mereka,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno dilaporkan berkata, JPPM mempunyai masa sehingga 16 Julai ini untuk meluluskan pindaan perlembagaan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti.

Bulan lalu, Perhimpunan Khas Umno meluluskan usul meminda perlembagaannya, iaitu memberi pilihan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menentukan tarikh pemilihan parti, dengan klausa baharu yang dimasukkan di bawah Fasal 10.16 adalah pemilihan dalam tempoh enam bulan selepas PRU.



Keputusan pindaan itu kemudian diserahkan kepada JPPM untuk diteliti dan ia mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk menerima atau mengemukakan maklum balasnya.

JPPM sebelum ini membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga Disember ini, meskipun tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 berakhir 30 Jun 2021.

Dalam perkembangan lain, Ahmad menafikan lima pemimpin tertinggi Umno belum berbincang tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, walaupun ketetapan itu sudah dikemukakan dalam Perhimpunan Agung Umno 2021 pada Mac lalu.

Katanya, perbincangan itu baru diadakan dalam mesyuarat MKT pada 24 Jun lalu.



“Mereka dah banyak bincang, tetapi saya tidak tahu apakah butiran perbincangannya kerana saya bukan dalam kalangan lima jawatan tertinggi parti.” FMT

Umno ada pelan lanjut, jika JPPM tak lulus pindaan perlembagaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker