Syed Saddiq Sedang Berdebat Dengan Hakim

Oleh Tun Teja

SELAMA ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sering mengkritik pemimpin lain yang dibicarakan di mahkamah walaupun beliau tahu ianya merupakan pendakwaan terpilih untuk menganiaya pemimpin yang berlainan parti politik.

Kini beliau pula sedang dibicarakan namun kali ini atas salahlaku yang beliau lakukan sendiri.

Penolong Setiausaha Pemuda Bersatu Ahmad Redzuan Mohamed Shafi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia diarahkan oleh ketua Pemuda Bersatu ketika itu Syed Saddiq untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun banknya pada Mac 2020.

Ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes dakwaan penyelewengan terhadap Syed Saddiq, Ahmad Redzuan berkata arahan itu diberikan kepadanya semasa mesyuarat di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya.

Pada Mei 2019, Syed Saddiq dengan angkuh dan sombong mencadangkan agar Najib berdebat di hadapan hakim di mahkamah sahaja ketika isu Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan Najib Razak sedang hangat diperkatakan.

“Beliau(Najib) akan diadili di sana. Ini kerajaan yang berpegang teguh dengan prinsip rule of law,” kata Syed Saddiq lagi.

Benarlah pepatah “what goes around comes around”. Menepuk air didulang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Kini Syed Saddiq menghadapi dua pertuduhan penyelewengan membabitkan wang RM1.12 juta daripada Pemuda Bersatu. Beliau turut didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram.

Menurut saksi, Syed Saddiq mahu wang tunai itu dikeluarkan bagi mengukuhkan kedudukannya dalam Pemuda Bersatu. Ini kerana Ahli Parlimen itu bimbang sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan dalam kalangan pemuda Bersatu berikutan perkembangan politik ketika itu.

Arahan Syed Saddiq itu bertentangan dengan prosedur Bersatu, kerana sebarang pengeluaran wang tunai melebihi RM500,000 mesti mendapat kelulusan daripada MPT dan disertakan dengan kertas kerja.

Dulu Syed Saddiq suruh Najib berdebat dengan hakim di mahkamah. Kini beliau sendiri pula yang sedang berdebat dengan hakim. Kifarah itu pasti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker