Rafizi dakwa pihak rapat dengan Anwar cuba nafi kemenangannya

Rafizi dakwa pihak rapat dengan Anwar cuba nafi kemenangannya

Rafizi Ramli menggesa ahli PKR tidak menghiraukan kekecohan cuba ditimbulkan kelompok kalah pada pemilihan parti yang cuba menggasak Anwar Ibrahim untuk menafikan kemenangannya sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata, keputusan terkini pemilihan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan parti (JPP) semalam tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan termasuk dirinya yang menewaskan Saifuddin Nasution Ismail.

Namun, beliau mempersoalkan keputusan membabitkan jawatan ketua wanita PKR yang bertukar di saat akhir dengan majoriti hanya 32 undi. Exco Selangor Rodziah Ismail yang sebelum ini mendahului diumum tewas kepada Fadhlina Sidek.

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan mendakwa ada kumpulan dikatakan rapat dengan presiden parti, Anwar cuba menuntut audit digital dijalankan kerana merasakan mereka boleh mempengaruhi keputusan untuk memastikan dirinya tidak disahkan sebagai timbalan presiden

Jelasnya, motif pihak tertentu seperti Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang terus mempersoalkan pemilihan parti adalah serampang dua mata iaitu mahu kemenangannya bersama orang lain berada dalam pasukannya tidak disahkan Kongres Nasional.

“Kedua untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang yang besar ialah disebabkan manipulasi besar-besaran.

“Hakikatnya mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa sentimen akar umbi sangat berbeza dengan bacaan mereka yang berlegar sekitar Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi berkata, kumpulan yang tidak boleh menerima kekalahan walaupun selepas keputusan diubah akibat audit forensik itu dilihat terus menggasak Anwar bagi mengadakan pemilihan untuk mencapai hasrat mereka.

“Saya telah menyatakan pendirian bahawa parti akan terperangkap dengan permainan politik segelintir sedangkan majoriti parti telah membuat keputusan yang diterima dengan baik oleh rakyat umumnya.

“Saya cukup simpati dengan keadaan Rodziah yang keputusannya sebagai ketua wanita bertukar di saat-saat akhir. Kami telah berbincang dan saya terharu dengan pendirian beliau bahawa parti mesti bergerak ke hadapan dan tidak terheret dengan permainan politik kelompok yang kalah,” katanya.

Rafizi juga menegaskan bahawa Kongres PKR pada 16 dan 17 Julai ini tidak boleh ditangguh lagi untuk melayan karenah segelintir calon kalah memandangkan pilihan raya umum boleh dipanggil bila-bila masa.

“Keutamaan saya sebagai timbalan presiden ialah untuk mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan dengan lawan dalam PRU15,” katanya.

Pemilihan PKR menyaksikan Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden manakala Rafizi yang memperoleh 59,678 undi menewaskan Saifuddin Nasution untuk jawatan timbalan presiden.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pula menang jawatan naib presiden. FMT

Rafizi dakwa pihak rapat dengan Anwar cuba nafi kemenangannya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker