Jenazah wanita hamil anak sulung, ibu mentua yang dihanyutkan arus deras ditemukan

Jenazah tiga sekeluarga yang hilang sejak petang semalam selepas rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang, dihanyutkan arus deras, ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shamsudin Mamat, mayat Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya Nurul Anis Abu Hassan, ditemukan pasukan pencari dan penyelamat kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa ketiga, Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, pula ditemukan tidak jauh dari tempat kedua-dua wanita terbabit kira-kira dua jam kemudian.



Kata Shamsuddin ketiga-tiga mangsa berkenaan ditemui tersangkut pada kayu balak.

Sebelum ini Bernama melaporkan ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang selepas rumah mereka dihanyutkan air deras pada petang semalam.

Nurul Anis, 23, dilaporkan sedang hamil anak pertama. Kandungannya baru berusia empat bulan dan dia berada di rumah tersebut untuk menjaga Salmah yang terlantar selepas diserang strok.

Suami Salmah, Abd Rahman Said, 71, berkata Mohd Khairul Ikhwan itu merupakan anak tirinya.



Kata Abd Rahman, kira-kira jam 4 petang semalam, Nurul Anis sempat menelefon untuk memaklumkan keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah mereka.

Bagaimananapun katanya dia berdepan dengan banyak halangan di jalan sehingga dia terlambat sampai ke rumah berkenaan.

“Apabila sampai saya lihat jambatan dah tak ada sebab dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada,” katanya.

Terdahulu Bernama melaporkan beratus-ratus penduduk kampung dipindahkan ke pusat petempatan sementara petang semalam ekoran kejadian banjir tersebut.



Dianggarkan sembilan kampung terjejas akibat bencana berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker