ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai – Ismail

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai – Ismail

ASEAN harus melipatgandakan usaha untuk muncul sebagai gagasan yang dihormati dan dipercayai bagi mekanisme pelbagai hala serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun begitu, katanya lagi, kepaksian rantau ini akan terus diuji dengan tekanan dalaman dan luaran.

Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral – dan juga kreativiti dan sokongan badan-badan bukan kerajaan untuk berjaya.

“Ketika persaingan antara kuasa-kuasa besar dunia menghasilkan cabaran yang tersendiri kepada rantau ini, ia tidak seharusnya memudaratkan. Malah libat urus secara proaktif dengan kuasa-kuasa besar akan memberikan manfaat kepada rantau ini, dengan syarat kita mampu melakukannya.

“Dalam situasi sebegini, rantau ASEAN seharusnya bersedia menghadapi persaingan kuasa-kuasa besar dengan bijak,” katanya lagi.

Keutuhan ASEAN, tegas Perdana Menteri, bakal memberikan kesan positif kepada masyararakat serantau, dan disebabkan itu ia perlu terus kukuh dan produktif serta kekal menjadi paksi kepada libat urus serantau dalam usaha membentuk norma-norma baharu di rantau ini
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-35, anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, dan Jaringan ASEAN-ISIS, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kepentingan China di rantau ASEAN adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Sejak 2009, Perdana Menteri berkata, negara itu kekal menjadi rakan dagang utama ASEAN, dan pada tahun 2020, ASEAN telah mengatasi Kesatuan Eropah sebagai rakan dagang utama China.

“Melihat kepada ekonomi dan kedudukan strategik China, ASEAN berharap dapat mengekalkan hubungan yang positif dan stabil dengan Beijing.
“Dalam masa sama, ASEAN juga harus terus memperkemaskan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Amerika Syarikat berdasarkan rasa saling hormat-menghormati dan semangat setiakawan yang tinggi,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, Amerika Syarikat, China dan Asia Tenggara harus memastikan semangat yang mengikat hubungan dua hala dan pelbagai hala dipelihara dan diperkukuhkan, berdasarkan kepada pematuhan undang-undang antarabangsa yang telah lama wujud. Awani

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker