Kenapa Anda Suka Tidur Lewat? Jaga-Jaga Risiko Serangan Strok, Badan Pun Cepat Gemuk!

Kenapa Anda Suka Tidur Lewat? Jaga-Jaga Risiko Serangan Strok, Badan Pun Cepat Gemuk!

BERAPA ramai daripada kita yang suka berjaga sehingga lewat malam kerana leka menonton program kegemaran di YouTube, permainan video atau pun menyiapkan kerja pejabat yang tidak berkesudahan?

Kesannya, apabila bangun badan akan terasa lemah dan tidak bertenaga meneruskan aktiviti harian kerana kurang tidur.



Kajian kaitan tidur lewat dengan angin ahmar yang diterbitkan menerusi European Heart Journal pada 2011 menunjukkan, tabiat berjaga malam dapat meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan penyakit berkaitan kardiovaskular yang lain.

Buktinya, penyelidik daripada Fakulti Perubatan, Universiti Warwick yang membuat kajian selama 25 tahun menerusi 470,000 responden daripada lapan buah negara seperti Jepun, Amerika, Sweden dan United Kingdom.

Hasil kajian itu mendapati, individu yang tidur kurang daripada enam jam pada waktu malam memiliki peluang 15 peratus lebih tinggi untuk terkena atau meninggal dunia akibat angin ahmar berbanding dengan mereka yang mendapat tidur yang mencukupi.



Sejak pandemik melanda, ramai yang tidur lewat kerana menyiapkan kerja.

Kajian itu juga membuktikan, mereka yang tidur kurang daripada enam jam pada waktu malam memiliki risiko 48 peratus lebih tinggi terkena atau meninggal dunia disebabkan penyakit jantung.

Penyelidik kajian itu, Profesor Dr Francesco Cappuccio menjelaskan trend tidur lewat sebenarnya adalah bom jangka yang boleh meletus pada bila-bila masa sekiranya tabiat itu tidak diubah.

“Mereka yang mempunyai tabiat itu perlu segera mengubah pola tidur bagi mengurangkan risiko terkena serangan angin ahmar atau penyakit jantung yang boleh mengancam nyawa,” katanya.



Dr Francesco berkata, tekanan, tuntutan kerja serta ketagihan terhadap gajet menyumbang kepada kesukaran tidur pada waktu malam.

Kaitan tidur lewat dengan angin ahmar

Kebiasaan tidur lewat sehingga kurang tidur secara berterusan boleh mengganggu keseimbangan hormon yang meningkatkan risiko strok dan penyakit jantung.

Sleep Foundation melaporkan, angin ahmar adalah penyakit yang terjadi ketika sel-sel otak kekurangan oksigen kerana aliran darah ke otak terganggu atau tersumbat.

Tiga alasan bagaimana berjaga tengah malam boleh menyebabkan strok termasuklah;



1. Meningkatkan tekanan darah

Jika seseorang mendapat tidur yang cukup, tekanan darah secara semula jadi akan turun sebanyak 10 ke 20 peratus dan sebaliknya berlaku kepada mereka yang sering berjaga malam.

Akibatnya, tekanan darah boleh meningkat secara mendadak sehingga boleh berlaku hipertensi. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya aliran darah ke otak, meningkatkan risiko angin ahmar, serangan jantung dan penyakit buah pinggang.

Risiko strok boleh bertambah apabila tabiat berjaga tengah malam disertai dengan tekanan yang melampau.



2. Meningkatkan gula dalam darah

Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kadar gula dalam darah melonjak naik dan salah satunya adalah kurang tidur.

Ketika seseorang berjaga sepanjang malam, metabolisme glukosa atau gula dalam darah akan terganggu. Sekiranya keadaan ini berpanjangan, ia boleh merosakkan pembuluh darah termasuk otak dan jantung.

Keadaan ini akan membuatkan penderita diabetes memiliki peluang terkena atau meninggal dunia disebabkan strok atau penyakit jantung dua kali lebih tinggi berbanding orang biasa.



3. Penyebab obesiti

Tidur yang normal dan berkualiti juga penting dalam membantu menjaga keseimbangan hormon yang mengawal rasa lapar. Ketika seseorang tidak tidur, mereka lebih sukar mengawal rasa lapar dan senang tergoda untuk makan meskipun sudah lewat.

Keadaan ini boleh menyebabkan kalori bertumpu di dalam badan dan memicu obesiti. Seperti tekanan darah tinggi, obesiti juga termasuk salah satu faktor penyebab angin ahmar.

Kenapa Anda Suka Tidur Lewat? Jaga-Jaga Risiko Serangan Strok, Badan Pun Cepat Gemuk!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker