Cubalah Khasiat Buah Amla Dikatakan Untuk Rambut Malah Mampu Turunkan Berat Badan Dan Singkir Toksin

Cubalah Khasiat Buah Amla Dikatakan Untuk Rambut Malah Mampu Turunkan Berat Badan Dan Singkir Toksin

BUAH amla atau malaka sering dikaitkan dengan penjagaan rambut kerana ia menjadi amalan turun temurun masyarakat India.

Namun sebenarnya, ia mempunyai pelbagai manfaat lain termasuk membantu menurunkan berat badan berlebihan.

Ini kerana, amla kaya dengan mineral dan vitamin yang melindungi badan manusia daripada pelbagai penyakit.

Jusnya pula mempunyai banyak vitamin C yang membantu meningkatkan imun dan melindungi tubuh daripada bakteria yang menyebabkan selsema dan batuk.

Selain dapat membantu penghadaman, menggalakkan kulit yang sihat dan cantik, ia juga mampu meningkatkan daya penglihatan.

Mungkin ramai yang menolaknya kerana rasa masam, tetapi apabila diambil semasa perut kosong, jus amla akan berfungsi dengan baik. Ini lima manfaat yang menakjubkan jika mengamalkan jus amla setiap hari pada waktu pagi dan ketika perut kosong.

Jus amla juga membantu individu yang ingin turunkan berat badan.

1. Penurunan berat badan

Minum jus Amla semasa perut kosong akan membantu dalam menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan idaman.

Jus Amla mengandungi antioksidan yang membantu menguatkan sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme.

Ia membantu dalam pembakaran lemak serta pengurangan kolesterol dan jus amla juga mengandungi asid lemak, vitamin serta unsur yang meningkatkan tenaga tanpa menambah lemak.

2. Menyingkirkan toksin

Buah yang mempunyai rasa masam sering dikaitkan dengan bahan detox!

Seperti lemon, jus amla akan membantu sistem badan menyahtoksik jika ia diminum semasa perut kosong.

Ia akan membuatkan pengeluaran lebih banyak air kencing yang mana aliran air kencing yang berlebihan membantu dalam penyingkiran toksin berbahaya dari badan serta penyingkiran batu karang.

Jangkitan kuman atau kencing kotor dapat dikurangkan dengan jus amla juga ya!

Membantu meningkatkan daya penglihatan.

3. Baik untuk penglihatan

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa amla cukup baik dalam meningkatkan daya penglihatan.

Ini kerana, buah kecil berwarna hijau itu termasuk dalam kategori sebatian karotena, yang membantu dalam meningkatkan penglihatan.

Pengambilan jus amla setiap hari akan meningkatkan kesihatan mata dan mengurangkan masalah seperti katarak, kerengsaan dan mata lembap.

4. Tingkatkan tenaga anda

Minum jus amla pada waktu pagi semasa perut kosong mampu memberikan banyak khasiat dan tenaga untuk sepanjang hari.

Jus Amla bertindak sebagai penggalak tenaga atau minuman tenaga pada waktu pagi sekali gus memastikan badan sentiasa cergas dan bertenaga.

5. Meningkatkan imuniti

Antara buah yang tinggi dengan Vitamin C jadi dengan minum jus amla, imuniti badan dapat ditingkatkan.

Amla juga dikatakan mempunyai lapan kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren.

Oleh itu, ia membantu dalam rawatan jangkitan bakteria dan virus, serta pencegahan pelbagai masalah kesihatan.

Cubalah Khasiat Buah Amla Dikatakan Untuk Rambut Malah Mampu Turunkan Berat Badan Dan Singkir Toksin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker