Karim bidas Hadi isu penggunaan bahasa Inggeris



Karim bidas Hadi isu penggunaan bahasa Inggeris

Seorang menteri Sarawak membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang berkata mereka yang mendesak penguasaan Bahasa Inggeris, terperangkap dalam pemikiran zaman penjajah.

“Begitu malang untuk PAS apabila mempunyai pemimpin yang cetek pemikiran,” kata Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga naib presiden PBB, iaitu tunjang utama gabungan kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, Islam menggalakkan penganutnya menuntut seberapa banyak ilmu yang boleh dan kemahiran menggunakan pelbagai bahasa membolehkan seseorang berkomunikasi lebih baik dengan seluruh dunia.

“Pandai berbahasa Inggeris tidak bermaksud seseorang mempunyai pemikiran zaman penjajah,” katanya. “Bahasa Arab bukan bahasa di rantau kita. Adakah belajar bahasa Arab bermakna kita mempunyai pemikiran penjajah? Tidak.”




“Jangan jadi katak bawah tempurung,” katanya yang menggunakan peribahasa Melayu untuk mereka yang berfikiran jahil.

Karim adalah menteri pelancongan dan anggota kanan dalam kerajaan Sarawak. Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di Sarawak di bawah perlembagaan negeri.

Karim berkata beliau tidak terkejut dengan komen Hadi mengenai Bahasa Inggeris kerana ia dikeluarkan oleh orang sama yang meremehkan kaum Dayak pada 2009 apabila beliau berkata hanya Dayak bercawat yang mengundi Barisan Nasional (BN). FMT

Karim bidas Hadi isu penggunaan bahasa Inggeris


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.