Segerakan proses lulus permohonan pekerja asing – Persatuan hotel
Segerakan proses lulus permohonan pekerja asing – Persatuan hotel
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menggesa kerajaan menyegerakan proses kelulusan permohonan mendapatkan pekerja asing bagi menampung keperluan mendesak bagi tenaga kerja dalam bidang perhotelan.
Awal tahun ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri berkata, Malaysia dijangka menerima dua juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan RM8.6 bilion susulan pembukaan semula sektor pelancongan ketika negara beralih ke fasa endemik.
Jumlah itu melepasi sasaran ditetapkan, katanya, dan sasaran terbaru adalah seramai 4.5 juta pelancong.
Namun, Pengerusi MAH cawangan Pulau Pinang Tony Goh meluahkan kebimbangannya mengenai masalah kekurangan tenaga kerja yang dihadapi sektor itu.
Beliau berkata, sektor tersebut mengalami kekurangan kira-kira 25% tenaga kerja berbanding semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) mula-mula dilaksanakan.
“Kami mempunyai masalah dari segi pengambilan pekerja, terutamanya warga tempatan, walaupun gaji dinaikkan selaras dengan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa pada 1 Mei.
“Kebanyakan hotel menawarkan pelbagai insentif seperti gaji bulanan RM1,600 hingga RM2,000, serta elaun kediaman, namun tidak mendapat sambutan daripada pekerja tempatan,” katanya kepada FMT.
Justeru, katanya, kerajaan perlu memandang serius perkara ini dengan segera meluluskan pengambilan pekerja asing termasuk di sektor lain berkaitan perhotelan seperti penyediaan makanan, menyambut tetamu dan sebagainya.
Gesaan ini turut diulangi Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Sri Ganesh Michiel yang turut meminta kerajaan mengotakan kata-katanya sebelum ini.
“Dengar kerajaan cakap nak segerakan proses kelulusan pekerja asing, tapi sampai sekarang pun tiada hasil. Jangan sekadar cakap sahaja,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa langkah ini perlu diambil bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja, yang telah mula timbul sejak PKP, secara berkesan. FMT
Segerakan proses lulus permohonan pekerja asing – Persatuan hotel
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET