Muhyiddin jumpa PM bincang jawatan TPM dan menteri
Muhyiddin jumpa PM bincang jawatan TPM dan menteri
Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) antara isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.
Muhyiddin berkata, selain itu perbincangan melibatkan lantikan baharu menteri dan timbalan menteri sebagai mana yang termaktub dalam perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri.
“Kita (PN) tidak minta lebih daripada apa yang terkandung dalam perjanjian termasuklah lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), badan-badan berkanun dan peruntukan-peruntukan kerajaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah di sini pada Sabtu.
Muhyiddin (tiga dari kiri) menyerahkan watikah perlantikan sebagai Pengerusi PN Parlimen kepada wakil dari Rantau Panjang semasa merasmikan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah pada Sabtu.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan kepimpinan parti.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian selepas mengulas kedudukan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sama ada sudah dibincangkan dengan Ismail Sabri.
Zuraida sebelum ini keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Sinar
Muhyiddin jumpa PM bincang jawatan TPM dan menteri
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam
You must be logged in to post a comment.