PBS serang BN kerana rasa PRU15 semakin hampir – Ismail
PBS serang BN kerana rasa PRU15 semakin hampir – Ismail
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Parti Bersatu Sabah (PBS) mula menyerang Barisan Nasional (BN) kerana mereka merasakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir.
Katanya, musuh BN ketika ini adalah pembangkang, namun apabila pemilihan PBS diadakan, mereka mula menyerang BN pula.
“Kalau kita cakap soal pilihan raya, kita mesti merapatkan lagi hubungan, kalau sebelum ini kurang rapat, kita rapatkan dan fokus kita adalah menentang parti pembangkang, musuh kita sekarang adalah pembangkang.
“Hari ini walaupun PBS berada dalam kerajaan, tetapi kerana pilihan raya pun sudah tidak lama, PBS pun sudah mula menyerang kita,” katanya pada majlis makan malam bersama Umno Sabah.
Terdahulu, Presiden PBS Maximus Ongkili mendakwa, sebuah parti komponen BN telah menggunakan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah untuk kepentingan politik mereka.
Tanpa menyebut parti mana, beliau berkata, penglibatan parti terbabit meraih undi dari Pati telah terbukti dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pati di Sabah.
Ongkili yang juga menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal Sabah dan Sarawak) turut mendakwa, BN selama ini telah gagal dalam menangani masalah Pati di negeri ini.
Sementara itu, Ismail turut menjelaskan beliau tidak dapat hadir ke konvensyen BN di sini, esok, kerana terpaksa menghadiri persidangan perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
“Sebenarnya, malam ini saya tak berucap, saya diberi slot esok (sempena konvensyen BN), tapi saya memohon maaf kerana esok juga saya tak dapat hadir, saya akan merasmikan mesyuarat agung MTUC.
“MTUC sebelum ini tak pernah rapat pun dengan kerajaan, mereka dikuasai oleh DAP, jadi sebab itulah bila dapat jemputan, saya terus menerima jemputan tersebut.
“Saya terpaksa menjelaskan perkara ini kerana kalau tidak macam-macam spekulasi timbul kerana apabila saya tidak hadir ke mesyuarat majlis tertinggi (Umno), ada mendakwa saya disekat dari berucap, sedangkan saya berhubung dengan presiden (Ahmad Zahid Hamidi) yang saya tak dapat hadir,” katanya. FMT
PBS serang BN kerana rasa PRU15 semakin hampir – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.