Kelantan tak perlu ada pawagam, cukup tengok Astro dan Netflix sambil pakai kain pelekat dekat rumah

Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Kelantan kekal dengan pendirian tidak membenarkan operasi pawagam di negeri ini selepas melalui proses perbincangan yang panjang.

“Setakat ini keputusan kita masih kekal untuk tidak memberi kebenaran atau beroperasi meluluskan pawagam di Kelantan, bahkan setakat ini hampir tiada desakan sejak tahun lepas… sebab itu saya jawab isu pawagam sebagai tiada isu di Kelantan, (bererti) bukan isu lah,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Muslimat Pas kawasan Pengkalan Chepa di sini hari ini.



“Kadang kala orang Kelantan ini kalau nak shopping pun dia pergi ke Kuala Lumpur walaupun di Kelantan ada Aeon Mall, tapi orang Kelantan suka membeli-belah di Kuala Lumpur.

“Yang jadi kecoh sekarang ini kerana cerita Mat Kilau (filem Mat Kilau) kalau tak ada filem Mat Kilau orang pun tak bercakap pasal tak datang pawagam. Sebab Mat Kilau tayang di pawagam, orang datang nak tengok, tapi sebab kita tak ada (pawagam) maka jadi isu, pilhan ada… Terengganu ada pawagam,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, tidak dinafikan rakyat Kelantan berkunjung ke Terengganu dengan tujuan menonton filem di.pawangam kerana jaraknya yang dekat.

Untuk makluman, katanya wujud pawagam di Terengganu dan Kedah sebelum Pas jadi kerajaan lagi, terserah kepada pihak kerajaan Terengganu dan Kedah manakala Kelantan tiada pawagam sejak awal Pas memerintah.



“Tengoklah, masa akan datang kita tak tahu… lima enam tahun lagi. Untuk hari ini tak ada, bagi kita bukan suatu keperluan untuk tukar polisi bagi membolehkan pawagam dibuka di negeri ini.

“Peluang untuk berhibur, kerajaan tak halang. Sebenarnya nak tonton filem tak perlu pawagam sebab kita ada Netflix ada Astro Best, Astro macam-macam pakej ada, Hindustan ada Cina ada.. banyak. Jadi, itu lebih selesa.

“Pakai kain pelikat pun tak apa… kalau pawagam kena pakai kemas, kena beli tiket semua. Macam ni, boleh tengok bila-bila masa… kalau kita sibuk, kita rakam,” katanya lagi.

Mohd Amar berkata, isu pawagam ditimbulkan kembali kerana filem Mat Kilau dan kerana pilihan raya umum semakin hampir.



“Kebetulan pilihan raya hampir, Ketua Pemuda Pas pergi tonton filem, maka ada pihak jadikan isu. Ini bukan isu (pawagam) sebenarnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi memaklumkan tujuannya menonton filem Mat Kilau di pawagam baru-baru ini sebagaj menyatakan tanda sokongan Pas kepada pembikinan filem-filem patriotik yang dilihat tidak mempunyai unsur-unsur berlawanan dengan syariat.

“Ianya sebagai satu bukti bahawa Pas bukanlah anti kepada industri perfileman. Saya ucapkan tahniah kepada pengarah dan barisan pelakon serta semua yang terlibat menjayakan filem ini,” katanya.

Menyentuh mengenai pembukaan pawagam, Ahmad Fadhli berkata ia perlu dbincangkan di peringkat negeri masing-masing.



“Di Kelantan, pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi, namun terpulang kepada kerajaan negeri pada masa hadapan.

“Di negeri lain, ia tidak dihalang dan sehingga ke hari ini, Pas tidak mempunyai sebarang kecenderungan untuk menutup pawgam-pawagam di negeri-negeri selain Kelantan termasuklah di negeri yang ditadbir oleh Pas seperti Kedah dan Terengganu,” tambahnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker