Pemilik Burger Boy Meninggal Dunia..“Anda Saham Akhirat Saya”, Begitulah Sikap Pemurah Arwah.

Pemilik Burger Boy Meninggal Dunia..“Anda Saham Akhirat Saya”, Begitulah Sikap Pemurah Arwah.

SIKAP pemurah Mohd Kosim sepanjang mengusahakan bisnes Burger Boy pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Hari ini, ramai kenalan serta para pelanggan berdukacita apabila menerima berita kematiannya menerusi media sosial.

“Dengan dukacitanya saya ingin maklumkan bahawa sahabat seperjuangan saya Mohd Kosim atau Adam Burger Boy telah kembali Rahmatullah.

Saya memohon kepada semua sahabat-sahabat sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah,” tulis Muhammad Jeffrey menerusi Facebook Warga Kota Damansara.

Jenama Burger Boy tidak asing lagi khususnya dalam kalangan penduduk Kota Damansara dan sekitarnya, malah sikap pemurah Allahyarham terutama ketika negara dilanda pandemik turut menjadi bualan ramai.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mohd Kosim memberikan 100 burger percuma setiap hari kepada insan-insan yang memerlukan walaupun perniagaannya sendiri terjejas.

“Tak ada duit nak makan burger time PKP ni, jangan malu jangan segan mari kedai saya Burger Boy. Makan la sampai kenyang. Anda adalah saham akhirat saya. Saya ikhlas saya tak sembang kosong.

“Mari kedai bagitahu saya atau staf-staf saya kalau tak ada duit, makan je. Allah dah bayar,” itu antara ayat yang pernah diungkapkannya sebelum ini.

Malah, Allahyarham juga pernah menawarkan burger percuma buat rider penghantar makanan di sekitar Kota Damansara pada tahun 2021.

“Kepada semua rider Kota Damansara, yang mana nak makan burger secara percuma, hari ni saya belanja rider-rider Kota Damansara

So yang mana rider-rider Kota Damansara nak makan burger, boleh datang Burger Boy, Pju 5/3 Kota Damansara, bersebelahan dengan AmBank Kota Damansara.

“Percuma untuk rider-rider Kota Damansara. Jangan malu jangan segan, datang ambil. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dunia dan akhirat, InsyaAllah,” ujarnya pada 10 Ogos 2021.

Semakan di Facebook mendapati ramai pelanggan dan netizen turut menitipkan doa dan ucapan takziah atas pemergian Mohd Kosim.
Malah, ramai yang turut memuji sikap baik hati dan budi pekertinya sepanjang menjalankan bisnes.

“Moga Allah ampunkan dosa arwah. Sangat baik orangnya. Moga syurga tempatnya

“Walaupun hanya beli di kedai arwah sekali, tetapi kebaikannya membuat kita terasa bila arwah pergi. Beruntung arwah ramai yang mendoakannya.

“Pernah beberapa kali membeli burger beliau. Layanan yang baik, anak-anak buah (pekerja) pun dilatih melayan pelanggan dengan sopan.

“Salam takziah untuk seluruh keluarga beliau. Orangnya baik dan ramah setiap kali berurus niaga,” tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, Allahyarham juga pernah menghantar burger percuma untuk dinikmati seluruh kakitagan mStar pada 17 April 2020.mSTAR

Pemilik Burger Boy Meninggal Dunia..“Anda Saham Akhirat Saya”, Begitulah Sikap Pemurah Arwah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker