Mangsa bot karam terkilan gagal selamatkan bapa saudara



Gambar Hiasan

SIK – Mangsa terselamat dalam kejadian bot karam di Tasik Gubir terkilan tidak dapat menyelamatkan bapa saudara yang dikhuatiri lemas dalam kejadian kira-kira 5.50 petang Rabu.

Muhammad Khairul Badri Mahyuddin, 28, berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan tidak menyedari bahawa bapa saudara, Othman Abdul Ghani, 49, hilang dari pandangan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki mereka terlanggar bongkah kayu menyebabkan bocor dan tenggelam.

“Kami nak pergi memancing tetapi apabila sampai ke lokasi kejadian, terlanggar bongkah kayu dan bocor,” katanya.

Dalam keadaan kelam-kabut, mereka cuba berenang ke tepi menyelamatkan diri namun Othman dikatakan tidak pandai berenang.




“Apabila beralih ke belakang, saya dapati tiada kelibat bapa saudara dan saya terus berenang ke tebing dengan jarak lebih kurang 100 meter.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkannya dan takut untuk mencari seorang diri kerana air tasik yang dalam, dalam masa sama, saya cuba mendapatkan pertolongan nelayan yang melintasi kawasan kejadian, tetapi gagal kerana mereka tidak nampak saya dalam keadaan cuaca gelap.

Lokasi kejadian Tasik Gubir turut dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

“Saya hanya guna cahaya pemetik api, sepanjang malam saya berjalan ke tebing tasik yang dipenuhi hutan dan duri untuk mencari perlindungan bagi mendapatkan bantuan tetapi gagal,” katanya.

Menurutnya, tiada liputan komunikasi di kawasan tasik menyebabkannya gagal memohon bantuan.




Pada jam 7.30 pagi, Muhammad Khairul ternampak nelayan yang melalui kawasan terbabit dan meminta bantuan dengan menjerit dan melambai.

Dengan bantuan nelayan, dia dibawa ke Balai Polis Daerah Sik untuk membuat laporan manakala rakan-rakan nelayan lain cuba mencari bapa saudaranya di tempat kejadian.

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.