JAWI benarkan ibadah korban di masjid, surau

JAWI benarkan ibadah korban di masjid, surau

SEMUA masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kebenaran ini dengan syarat perlu mematuhi ketetapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, petugas-petugas ibadah korban juga hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik; tidak menghidap penyakit kronik; tidak mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak, selesema dan demam.

“Selain itu, para petugas juga tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 dan tidak berada dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Hari Raya Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

Ibadah korban boleh dilaksanakan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah (Ahad) dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1443H sebelum berakhir waktu Asar. Utv

JAWI benarkan ibadah korban di masjid, surau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker