Adakah Keengganan Zahid Bubar UMNO Punca Dikenakan Pendakwaan Di Mahkamah?

Adakah Keengganan Zahid Bubar UMNO Punca Dikenakan Pendakwaan Di Mahkamah?

Adakah Keengganan Zahid Bubar UMNO Punca Dikenakan Pendakwaan Di Mahkamah?

Oleh Nurul Aisyah

SEMUA rakyat Malaysia tahu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikenakan pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi apabila beliau dikatakan enggan membubarkan UMNO.

Memetik sumber, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyuruh Zahid membubarkan UMNO dan mencadangkan ahli parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM).

Zahid bertemu dengan Mahathir yang ketika itu perdana menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 7 Jun 2018. Beliau enggan membubarkan UMNO.

Pada 20 Oktober 2018, Zahid dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Seminggu kemudian, Zahid hadir ke Perhimpunan Agung Umno dan mendedahkan yang Mahathir memintanya untuk membubarkan Umno.

Oleh itu, secara tersiratnya kenyataan Zahid bahawa pendakwaan terhadapnya adalah bermotifkan politik dilihat benar. Namun Mahathir menggesa Zahid untuk membuktikan dakwaan tersebut walaupun menurut sumber sememangnya Mahathir memang menyuruh Zahid membubarkan UMNO.


Baca Artikel Menarik:


Malah Mahathir kemudian memberikan responsnya dalam satu video yang dimuat naik Facebook Bersatu pada 9 November 2018.

“Saya suruh dia bubarkan pasal Umno sudah tiada lagi. Secara benar sudah tidak ada Umno, cuma suatu badan yang berdaftar. Tapi prinsip perjuangannya sudah tidak ada.

“Apa perlunya ahli-ahli Umno ini kekal di dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya mengutamakan duit. Cash is king.

“Sebab itu Umno yang semacam itu perlu dibubar,” katanya ketika itu.

Bayangkan Mahathir tanpa rasa bersalah menafikan tindakan beliau suruh Zahid bubarkan UMNO sedangkan sumber bukti banyak tersedia di media sosial dan media arus perdana. Beliau lupa kini zaman maklumat dihujung jari bukan lagi zaman dahulu dimana Mahathir dengan mudah menyangkal kebenaran dan menipu rakyat sesuka hati dengan jawapan sindiran dan aksi spontan beliau.

Di penghujung usia Mahathir, segala salahlaku beliau bakal didedahkan satu persatu bersama bukti kukuh. Dan jawapan “saya tidak tahu” Mahathir sudah tidak relevan lagi.

 

Adakah Keengganan Zahid Bubar UMNO Punca Dikenakan Pendakwaan Di Mahkamah?


Baca Artikel Menarik:

 

Layari Laman Facebook

MYKMU.NET

 

Puad tawar diri saman Mahathir isu Batu Puteh

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker