Zahid kongsi rahsia kekal tenang walaupun diserang

Zahid kongsi rahsia kekal tenang walaupun diserang

Seseorang akan kekal tenang jika mengerti dan menginsafi bahawa dugaan dalam kehidupan hanyalah suatu ujian.

Rahsia tersebut dikongsi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikutan mendapat banyak pertanyaan bagaimana beliau mampu untuk kekal tenang walaupun berhadapan serangan demi serangan terhadap dirinya.

“Hati kita jadi tenang apabila meyakini cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah sebuah perjuangan yang luhur.



“Kita akan lebih tenang apabila memahami mengapakah diri ditohmah oleh mereka yang tidak tenang,” katanya dalam satu hantaran.

Tambah Ahmad Zahid, seseorang tidak akan mencapai ketenangan sekiranya terlalu mementingkan kedudukan, kuasa dan jawatan.

Selain itu, mereka juga tidak akan berasa tenang kerana berhadapan dengan ‘kedegilan Presiden UMNO’ untuk meneruskan kebangkitan parti.

“Apabila kita percaya kita di pihak yang benar dan beranilah kerana benar, maka perasaan jadi tenang.



“Sebagaimana saya bertenang apabila kerajaan Barisan Nasional tumbang angkara fitnah dan pembohongan pada 2018.

“Tetap bertenang walaupun ditekan oleh sang penguasa supaya mengkhianati amanah yang diberikan oleh parti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Justeru beliau menasihatkan mereka yang mahu mencapai kekuatan diri dan ketenangan supaya fokuskan fikiran, hati dan tenaga kepada Yang Maha Esa.

Tambah Ahmad Zahid, ketenangan bukanlah bermakna seseorang itu lemah tetapi ia perlu hadir bersama keazaman, kecekalan dan kebijaksanaan.



“Saya berdoa agar diri terus diberi ketenangan oleh Yang Maha Esa dalam meneruskan perjuangan ini.

“Saya berdoa agar saudara saudari turut diberi ketenangan dalam mengharungi apa jua perit getir kehidupan.

“Insya-Allah pandangan dan hala tuju kita akan lebih jelas tentang apa yang harus dilakukan,” katanya.

Ahmad Zahid ketika ini berhadapan dengan berpuluh tuduhan di mahkamah berkaitan rasuah dan salahguna kuasa.

Selain itu, baru-baru ini beliau turut ‘diserang’ dengan beberapa tuduhan oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang digugurkan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu antara lain mendakwa Ahmad Zahid menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. MG

Zahid kongsi rahsia kekal tenang walaupun diserang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker