Mydin seru kerajaan hapuskan semua subsidi, salurkan terus kepada golongan yang memerlukan



SHAH ALAM – Kerajaan wajar menghapuskan semua subsidi agar bantuan secara lebih berkesan dapat disalurkan kepada golongan memerlukan yang terjejas akibat krisis ekonomi ketika ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi tahun ini.

Katanya, jumlah keseluruhan subsidi tersebut seharusnya diperuntukkan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) atau kumpulan yang terjejas.

“Kerajaan beri bantuan (kepada) lapan juta orang, kalau RM80 bilion tersebut diberi kepada (individu) yang terima bantuan, seorang akan dapat RM833 sebulan.

“Tidak ada masalah kerana yang memerlukan bantuan, akan dapat bantuan, yang tidak memerlukan (golongan pendapatan tinggi), bagilah dia bayar.




“Ini adalah perkara yang kerajaan boleh buat,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live bertajuk ‘Ada Apa 1 Julai?’ yang dihoskan oleh Fahiz Arif dan disiarkan di semua platform Sinar Harian.

Ameer Ali mengakui, cadangan penghapusan subsidi itu tidak akan diterima baik oleh segelintir pemimpin yang pastinya khuatir keputusan berkenaan akan menjatuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

“Secara politiknya, tidak ada siapa yang akan menerimanya sebab jika dia (pemimpin) buat esok, hilang kuasa politik.

“Tetapi kalau kita boleh berkomunikasi dengan rakyat bahawa ini adalah realiti, kerajaan nak kena tolong kerana kerajaan kita prihatin,” ujarnya.




Mengulas lanjut mengenai kenaikan harga barang, Ameer Ali berkata, kerajaan tidak seharusnya menaikkan harga barangan secara mendadak, sebaiknya ia dilaksanakan secara berperingkat.

“Jangan kerajaan pegang lama sangat (harga), misalnya harga gula, di peringkat global sudah naik, jadi bagi naik sikit-sikit supaya kita tidak terkejut dengan kenaikan (mendadak) tersebut.

“Susah untuk peniaga dan rakyat nak sesuaikan diri jika harga naik melambung, ini sifat buruk kerajaan.

“Sama seperti gaji minimum, dari RM1,200 naik ke RM1,500. Orang dapat gaji tidak mengamuk, tapi untuk saya, tanggungan RM22 juta setahun untuk lebih 8,000 pekerja. Mana nak tahan.

“Kalau naik RM1,200 kemudian enam bulan lagi naik RM1,300, seterusnya RM1,400, dalam dua tiga tahun naik RM1,500. Jadi kita sekurang-kurangnya boleh selaraskan kos dan orang pun dah biasakan diri,” jelasnya.





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut



Leave a Reply

Your email address will not be published.