Merusuh di Sri Petaling, polis cari 20 lelaki




Merusuh di Sri Petaling, polis cari 20 lelaki

Polis sedang mengesan 20 lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan dan merosakkan beberapa kenderaan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, seorang lelaki yang juga pengadu meletakkan keretanya di tepi jalan berkenaan kira-kira 2.30 pagi untuk makan bersama rakannya, sebelum dua kumpulan lelaki itu merusuh.

“Kesemua lelaki itu bergaduh di antara satu sama lain menggunakan senjata besi dan botol arak dan pengadu mendapati lelaki tersebut merosakkan beberapa kereta yang berada di sana, termasuk kereta pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati cermin belakang dan penumpang belakang sebelah kanan kereta pengadu pecah.
atanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.




Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Brickfields 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. FMT

Merusuh di Sri Petaling, polis cari 20 lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Leave a Reply

Your email address will not be published.