Ismail memartabatkan produk batik tempatan – Pengasas Raifili

Ismail memartabatkan produk batik tempatan – Pengasas Raifili

Kecoh isu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenakan sehelai pakaian mewah.

Hal ini menyebabkan perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi Malaysia yang melanda sekarang.



Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen yang menyarankan PM sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.

Isu itu telah menarik perhatian Pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya, MamaCT RAIFILI bahawa dakwaan netizen yang mempersoalkan Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa adalah kurang tepat.

Sebaliknya Perdana Menteri adalah seorang yang berjiwa Melayu dan bangga dengan rekaan anak tempatan.

Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.



“Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu,” pintas Pengasas Raifili itu.

Menurut Siti Fitryah lagi, perasaan teruja dan bangga apabila melihat Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan Batik moden. Malah mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik.

“Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.

“Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekali gus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan rakyat negara ini.



“Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman sesawang https://1jutabatikpercuma.raifili.com. Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan.

“Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat,” katanya. BH

Ismail memartabatkan produk batik tempatan – Pengasas Raifili


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)



Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker