Mahathir bagi nasihat mengenai ‘Politik Wang’ menjelang PRN

PUTRAJAYA – Pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Ogos depan usah ‘tunduk’ dengan politik wang sebaliknya perlu melaksanakan kewajipan mereka secara bertanggungjawab, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin-Pemimpin PKS di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis, beliau berkata, setiap rakyat perlu mempunyai nilai dan integriti serta tidak terlibat dengan rasuah sehingga menjual negara.

“Kita perlu bertanggungjawab kepada negara kita dan tidak mengundi hanya kerana mendapat wang dan jangan terlibat dengan rasuah, dan kita harap rakyat Malaysia sayangkan negara ini serta tidak menjual negara sendiri kerana rasuah,” katanya.



Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu serta Kedah diadakan serentak dan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala penamaan calon pada 29 Julai. – Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker