Nazri patut terima cabaran tanding di Parlimen Pulai – Nur Jazlan
Nazri patut terima cabaran tanding di Parlimen Pulai – Nur Jazlan
Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed sekali lagi mencabar bekas menteri Nazri Aziz bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, sebagai “pahlawan Umno” Nazri tidak perlu memberi alasan kononnya mahu memberi laluan untuk calon baharu bertanding dalam dalam pilihan raya dan mahu bersara dari politik, sebaliknya perlu serius menyahut cabaran menjadi calon di Pulai.
“Saya sedia menunggu untuk dia (Nazri) datang ke (Parlimen) Pulai.
“Saya kecewa sikap dia sebagai pahlawan Umno tidak menerima cabaran (tanding dalam pilihan raya) dan umum untuk memberikan laluan kepada calon baharu yang muda di Padang Rengas,” katanya.
Nur Jazlan berkata demikian mengulas kenyataan Nazri secara sinis menggambarkan beliau sebagai “pemimpin kecewa” selepas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 2018.
Nazri berkata demikian selepas Nur Jazlan mengumumkan enggan bertanding pada pilihan raya akan datang.
Mengulas pelawaan Nur Jazlan agar beliau bertanding di Parlimen Pulai, Nazri berkata, beliau yakin boleh mencapai kemenangan di kerusi itu bersandarkan kepada sikapnya yang bercakap benar, malah perkara itu diterima baik pengundi semua kaum.
Bagaimanapun Nazri sebelum ini telah mengulangi beliau akan bersara dan tidak bertanding untuk PRU-15.
Dua hari lalu, Nur Jazlan mengulangi pendirian untuk melepaskan dan tidak bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada PRU15.
Malah, beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu selama tiga penggal turut mempelawa beberapa ahli politik dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di situ.
Antara yang disebut Nur Jazlan adalah Nazri; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; dan Presiden MCA Wee Ka Siong. FMT
Nazri patut terima cabaran tanding di Parlimen Pulai – Nur Jazlan
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.