Saya trauma tak dapat jumpa anak-anak – SM Faisal
Saya trauma tak dapat jumpa anak-anak – SM Faisal
Ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin menggesa pengkritik agar mendengar cerita daripada pihaknya dalam isu undang-undang yang dihadapinya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka.
Beliau juga trauma katanya, kerana tidak dapat meluangkan masa bersama tiga anak lelakinya sejak enam tahun lepas – “walaupun pada Hari Raya dan hari lahir”.
Katanya, beliau dinafikan masa untuk bersama anak-anaknya sejak bercerai dengan Emilia Hanafi enam tahun lepas, walaupun perintah mahkamah memberinya hak melawat.
“Tahu tak betapa traumanya (saya)?,” soalnya sebagai respons terhadap dakwaan peguam Siti Kasim bahawa bekas isterinya terpaksa masuk ke penjara atas isu itu dan mengalami tekanan emosi dan trauma.
“Tetapi bagaimana dengan saya? Saya tak dapat luangkan masa bersama anak-anak sejak enam tahun lepas, sekalipun pada Hari Raya dan hari lahir,” katanya.
Emilia dijatuhi hukuman penjara seminggu oleh Mahkamah Syariah kerana menghina mahkamah selepas gagal menyerahkan tiga anak mereka berusia 10 hingga 16 tahun, walaupun beberapa perintah mahkamah interim dan penghakiman persetujuan membenarkan hak melawat kepada Faisal.
Faisal turut menolak dakwaan Siti Kasim bahawa beliau beberapa kali gagal hadir bertemu anak-anaknya sejak 2018.
Peguamnya Akberdin Abdul Kader berkata, pasangan itu bersetuju bahawa anak-anak mereka akan dihantar ke kediaman mereka sebelum ini, di Serene Kiara, Kuala Lumpur, bukan ke tempat lain seperti didakwa Siti.
Faisal tidak mendesak dan menunggu untuk bertemu anak-anaknya di rumah bapa Emilia di Kajang, tetapi bekas isterinya itu enggan membenarkan anak-anak mereka bertemunya, kata peguam itu.
Katanya, Faisal telah membuat laporan polis setiap kali gagal bertemu anak-anaknya seperti dibenarkan oleh mahkamah.
“Kami gesa pengkritik, termasuk Siti Kasim, supaya mengkaji fakta kes ini sebelum membuat dakwaan palsu dan mengelirukan orang ramai. Malang juga ada media yang gagal melaporkan isu ini secara adil dan objektif,” kata Akberdin.
Peguam Emilia, Nizam Bashir berkata, anak guamnya telah membuat komitmen secara bertulis untuk memastikan Faisal mendapat akses kepada anak-anaknya
.
“Mungkin Faisal patut meneliti surat-menyurat antara peguamnya dengan anak guam kami,” katanya kepada FMT.
Nizam berkata, anak-anak mereka mesti diberikan akses sama rata kepada ibu bapa mereka di tempat yang selesa.
“Nafkah dan pendidikan anak-anak juga menjadi keutamaan dan semua orang mesti memastikan tiada antara ibu atau bapa perlu dimasukkan ke penjara,” katanya.
Beliau mencadangkan supaya kedua-dua pihak bersetuju dengan rangka kerja yang sama, agar Faisal menarik balik prosiding komital terhadap Emilia dan wanita itu menggugurkan permohonannya bagi semakan kehakiman ke atas komitalnya. FMT
Saya trauma tak dapat jumpa anak-anak – SM Faisal
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.