Wanita parah selepas kereta terbabas, terbakar

Anggota bomba menjalankan kerja memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Maju Expressway, pada Ahad. – Foto Sinar Harian

SERDANG: Seorang wanita parah apabila kereta jenis Proton Saga BLM dinaikinya terbakar selepas merempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Maju Expressway (Mex) di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.46 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 4.12 pagi.

“Sebuah Proton Saga BLM dipandu seorang lelaki bersama wanita terbabit dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori satu tan.



“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta tersebut terbabas dan terbakar, bagaimanapun kedua mangsa berjaya keluar daripada kenderaan yang terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat

Katanya, kebakaran kemudian berjaya dikawal serta dipadamkan.

“Terdapat tiga mangsa terlibat iaitu penumpang Proton Saga BLM tersebut iaitu seorang wanita berumur 20-an, pemandu Saga BLM, seorang lelaki berumur 20-an dan pemandu lori berumur 40-an.

“Bagaimanapun, hanya penumpang Saga BLM tersebut cedera parah manakala dua lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



Menurutnya, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker