KKM keluar 335 notis kesalahan merokok dalam operasi di ibu negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 335 notis kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah RM93,350.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Dr Norhayati Rusli berkata kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarkan menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan tembakau dan hasil tembakau ke atas 263 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 284 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan 28 notis dikeluarkan di bawah Peraturan 12(1)(b) terhadap pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada kegiatan merokok di dalam premis.



“Selain itu, 14 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap tuan premis yang tidak mempamerkan papan tanda larangan merokok.

“Tujuh notis lain membabitkan larangan merokok terhadap orang belum dewasa serta masing-masing satu notis kegagalan mempamerkan larangan jualan tembakau kepada bawah umur dan jualan tembakau tanpa amaran kesihatan bergambar,” katanya.

Operasi bersepadu itu berlangsung selama kira-kira lima jam bermula 6 petang disertai 220 anggota daripada KKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Norhayati berkata dalam operasi berkenaan, sebanyak 20 karton rokok dan 156 paket rokok tidak bercukai dirampas kastam di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 manakala KPDNHEP merampas sebanyak 147 paket rokok tiruan bagi kesalahan dagangan palsu di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.



“Selain itu, DBKL juga turut mengeluarkan dua notis kompaun bagi kesalahan mengambil atau menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana berniaga tanpa lesen,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker