Bukit Aman hadkan senarai jurucakap polis

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengehadkan senarai pegawainya yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kenyataan akhbar dan bercakap kepada media.

Menurut satu sumber dalaman polis, pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Acryl Sani Abdullah Sani awal minggu ini menyenaraikan hanya tiga pegawai penting di Bukit Aman dibenarkan bercakap kepada media.

Mereka adalah KPN sendiri, setiausaha Polis Diraja Malaysia dan pegawai yang bertanggungjawab ke atas komunikasi korporat polis.



Bagi peringkat negeri dan daerah, hanya ketua polis negeri (CPO) dan ketua polis daerah (OCPD) diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

“Pekeliling itu menyatakan sekiranya sesuatu isu melibatkan dua ibu pejabat polis negeri atau lebih, maka penglibatan media akan diselaraskan oleh bahagian komunikasi korporat Bukit Aman.

“Selain itu, sebarang permohonan untuk mengadakan wawancara atau mendapatkan kenyataan di peringkat Bukit Aman perlu terlebih dahulu melalui jabatan untuk semakan atau penyelarasan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Katanya, arahan baru itu untuk mengehadkan semua pegawai polis lain daripada mengeluarkan kenyataan kepada media.



Mereka termasuk pengarah jabatan polis di Bukit Aman dan ketua jabatan di peringkat negeri. Pekeliling itu juga mengecualikan timbalan KPN dan pegawai lain yang mengetuai formasi polis.

Sebelum ini, pengarah jabatan Bukit Aman dibenarkan memberi kenyataan dan ulasan kepada pihak akhbar tanpa sebarang sekatan, manakala di peringkat negeri, ketua jabatan termasuk ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri mempunyai kuasa yang sama berbuat demikian.

Menurut sumber, tiada sebab dinyatakan atas perubahan dasar baru Bukit Aman.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker