Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu

Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu

HULU SELANGOR – Berang rambutnya dipotong, seorang pelajar sekolah tingkatan tiga tergamak memukul gurunya menggunakan batang penyapu dalam kejadian di sebuah sekolah di Jalan Anggerik 4, Bukit Sentosa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada guru terbabit kira-kira pukul 3.14 petang pada hari kejadian.



“Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika guru wanita berusia 52 tahun itu sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

“Guru disiplin berkenaan telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar berambut panjang dan telah menggunting rambut pelajar berusia 15 tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, berang dengan tindakan guru tersebut, pelajar lelaki itu kemudiannya telah memarahi dan mengugut mahu membunuh wanita terbabit.

“Pelajar terbabit juga telah memukul guru itu menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan pada mata di sebelah kiri.



“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan pelajar terbabit dan melakukan ujian saringan air kencing di mana keputusannya adalah negatif,” jelasnya.

Arsad memberitahu, semakan rekod mendapati, pelajar terbabit tidak mempunyai rekod jenayah.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman bermula hari ini sehingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana membuat ugutan jenayah. K Online

Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker