Kerajaan wujud semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah

Kerajaan telah mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) untuk mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

“Kerajaan amat yakin dengan kewibawaan serta pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan akan membantu usaha-usaha kerajaan untuk memperkukuhkan institusi kehakiman syariah.

“Selain Othman, kerajaan juga telah bersetuju untuk turut melantik 11 lagi tokoh sebagai ahli JKMMS,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

11 lagi ahli JKMMS ialah Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Selain itu, Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Profesor Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Datuk Dr Ahmad Hidayat Buang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Nassir Abdul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan yakin dengan gabungan kewibawaan ahli-ahli yang dilantik untuk bersama-sama membuat kajian, memberikan syor dan cadangan serta usaha-usaha ke arah penambahbaikan dan transformasi mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang dilantik. Selamat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama,negara dan ummah. Semoga ALLAH sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker