Dana UKSB: Hishammuddin nafi terima

PETALING JAYA: Selepas penafian beberapa pemimpin utama yang didakwa menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), hari ini Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein, turut mengambil pendirian sama.

Hishammuddin berkata, beliau tidak mengetahui isu berkaitan dana tersebut dan sedia membantu siasatan pihak berkuasa berhubung perkara itu.

“Saya tidak mengetahui apa-apa pun berkaitan perkara yang disebut di mahkamah baru-baru ini.



“Sekiranya mereka (pihak berkuasa) ingin memanggil saya bagi melakukan siasatan, seperti kebiasaan sebelum ini – saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa,” katanya di Twitter.

UKSB merupakan syarikat yang terbabit dalam perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 13 Jun lalu, seorang bekas pengurus UKSB memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam perbicaraan kes rasuah itu bahawa syarikatnya memberi wang dengan mengaitkan beberapa pemimpin utama negara termasuk Hishammuddin.

Ahli politik lain yang turut dinamakan saksi dalam perbicaraan itu termasuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, bekas menteri luar, Anifah Aman, Presiden Warisan Shafie Apdal, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.



Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa agensi berkenaan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang daripada UKSB seperti disebut saksi perbicaraan kes berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin yang disebut menerima dana berkenaan tampil menafikannya, termasuk Muhyiddin, Anifah dan Khairy.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker