Kementerian teliti memorandum Pemuda Umno berkait pelaksanaan 5G

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah meneliti kandungan memorandum dikemukakan Pemuda Umno berhubung pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Menterinya, Annuar Musa, berkata antara perkara dibangkitkan dalam memorandum itu termasuklah kos sebenar mengikut pecahan tahunan, peralatan dan kos operasi rangkaian 5G negara serta penjelasan terperinci harga jualan secara pukal kepada syarikat telekomunikasi.

“Sehubungan itu, pihak kementerian akan membantu memanjangkan salinan memorandum ini kepada Kementerian Kewangan memandangkan kebanyakan perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut bukan di bawah bidang kuasa kementerian,” katanya dalam kenyataan.

Annuar berkata, pihak kementerian juga mengatur majlis bagi memberikan penjelasan lanjut untuk membantu pihak yang masih tidak jelas berhubung perkara berkaitan terutama yang berada di bawah bidang kuasa kementerian itu.

Katanya, pada masa ini DNB adalah syarikat milik penuh kerajaan yang diletakkan di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Kewangan.

“Langkah sedang diambil oleh Kementerian Kewangan untuk menyusun semula struktur pemilikan ekuiti syarikat dan kaedah kawal selia syarikat selaras dengan keputusan terbaharu Jemaah Menteri mengenai perkara berkenaan,”katanya.

Semalam, dilaporkan Exco Pemuda Umno Fairuz Jamaludin yang juga pengerusi sekretariat pekerja Pemuda Umno, mewakili sayap itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker