Biji dabai macam pistachio


Biji dabai macam pistachio

KUCHING: Isi dari dalam biji buah dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang pistachio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak, namun bijinya yang mengandungi isi yang boleh dimakan itu biasanya dibuang begitu sahaja.

“Isinya (dari dalam biji buah dabai) sebenarnya boleh dimakan, rasanya enak seperti kacang pistachio, dan jika dimanfaatkan boleh menjadi inovasi yang dapat ditingkatkan lagi untuk menjadi satu lagi produk,” katanya kepada pemberita sewaktu meninjau Bazar Festival Gawai di sini malam tadi.

Menurutnya bazar anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di perkarangan Dewan MBKS itu merupakan salah satu wadah untuk mempromosikan makanan asli orang Sarawak, selain memberi peluang kepada usahawan Dayak untuk menjana pendapatan dengan memperkenalkan produk keluaran mereka.

“Dengan mempersembahkan pelbagai kelainan dan keunikan, bazar ini juga boleh menarik minat ramai orang untuk datang, bukan sahaja orang tempatan malah orang luar dari Semenanjung dan pelancong luar negeri,” tambahnya. Awani

Biji dabai macam pistachio


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker