Bapa Tidak Tahu Arwah Adibah Noor Hidap Kanser, Dia Tak Beritahu Pun Ketika Ziarah Di Hospital [VIDEO]
Bapa Tidak Tahu Arwah Adibah Noor Hidap Kanser, Dia Tak Beritahu Pun Ketika Ziarah Di Hospital [VIDEO]
TIADA kata yang dapat digambarkan oleh bapa kepada Allahyarham penyanyi Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin atas pemergian anak ketiganya itu.
Reda dengan takdir Allah, Omar yang kini berusia 89 tahun berkata dia langsung tidak mengetahui tentang penyakit kanser ovari yang dihidap Adibah.
Bagaimanapun, Omar enggan bercerita lebih lanjut mengenai arwah anak perempuannya yang sudah tiada.
Anak saya nombor tiga tu… kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)… dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun.
“Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada,” kata Omar kepada media.
Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan difaham sudah lama mengidap kanser ovari.
Jenazah Allahyarham penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.
Tidak mampu berbicara lebih panjang dengan keadaan tidak bermaya, Omar memberitahu anaknya sentiasa taat kepada ibu bapa dan Allah.
“Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat,” ujarnya
Terdahulu, rakan selebriti yang rapat iaitu Linda Onn mendedahkan Allahyarham seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira dalam soal membayar makan ketika keluar bersama.
Malah, ramai rakan-rakan selebriti yang memuji keperibadian arwah Adibah yang dianggap seorang yang baik hati serta ikhlas dalam segala apa yang dilakukan-mSTAR
Al-Fatihah
Bapa Tidak Tahu Arwah Adibah Noor Hidap Kanser, Dia Tak Beritahu Pun Ketika Ziarah Di Hospital [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex