Shuk Sahar Akhirnya Angkut Barang Keluar Rumah RM1.2 Juta Dan Ucap ‘Bye Bye Ferrea’ [VIDEO]

Shuk Sahar Akhirnya Angkut Barang Keluar Rumah RM1.2 Juta Dan Ucap ‘Bye Bye Ferrea’ [VIDEO]

PELAWAK Shuk Sahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya yang pernah menjadi tempat tinggal keluarganya untuk diserahkan kepada penghuni baharu.

Shuk yang juga bekas pengacara dan penyampai radio itu berharap agar selepas ini ada sesuatu yang lebih baik untuknya.

“Insya-Allah ada yang lebih baik, bye bye ferrea (rumah),” katanya.

Pelawak yang mula dikenali dari kumpulan duo Balas itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan Shuk turut memuat naik suntingan video meninjau kawasan rumah bersama barang yang dibawa keluar.

Shuk dilihat bersama beberapa pekerja mengeluarkan semua barang dan perabot dari rumah yang sebelum ini difahamkan dijual dengan harga RM1.2 juta itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Shuk menjadikan perbuatannya sebagai pengajaran selain mendoakan supaya dia dipermudahkan segala urusan.

Tidak kurang juga yang turut bersimpati dengan nasib menimpanya itu kerana melalui fasa kejatuhan dalam sekelip mata.

“Semoga ada sinar di hujung jalan,” komen salah seorang pengikutnya.

“Allah bagi nikmat sekali gus ujian. Belajarlah sesuatu selepas ini. Peringatan ini juga untuk yang menaip dan membaca,” kata salah seorang netizen.

“Senang je nak murah rezeki, jaga isteri dan anak-anak. Jangan curang,” nasihat salah seorang warga maya.

Sebelum ini, bapa kepada dua orang cahaya mata itu nekad menjual rumah miliknya kerana memerlukan wang bagi menjelaskan hutang kad kredit, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan meneruskan kehidupan.

Pergolakan rumah tangga Shuk sudah berlaku beberapa kali sehingga kali terakhir isterinya sendiri mendedahkan kecurangan pengacara dan penyampai radio itu dengan wanita yang sama.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun-GEMPAK

Shuk Sahar Akhirnya Angkut Barang Keluar Rumah RM1.2 Juta Dan Ucap ‘Bye Bye Ferrea’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker