Khianat rakan dalam DAP, Kit Siang cuba belagak suci



Veteran DAP Lim Kit Siang cuba berlagak suci dan menafikan dakwaan bahawa dia mengkhianati bekas rakan partinya dalam DAP, Lee Lam Thye menjelang pilihan raya umum 1990.

Lee dalam memoirnya mengatakan dia mengambil keputusan keluar DAP 32 tahun lalu disebabkan usaha menyingkirkannya di Bukit Bintang di mana dia berkhidmat sebagai ahli parlimen selama empat penggal di kawasan itu.

Lim dalam satu kenyataan hari ini, berkata dakwaan Lee adalah satu penipuan besar.

“Perkara ini adalah satu penipuan besar kerana saya tidak pernah memberitahu Lam Thye yang dia tidak boleh bertanding di Bukit Bintang lagi, dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk Lam Thye bertanding di mana-mana kerusi selain daripada Bukit Bintang sebelum pilihan raya umum 1990,” katanya.

Tambahnya, sehingga hari ini dia tidak tahu punca sebenar Lee bersara daripada politik pada 1990.




Menurut Lee, dia diberitahu oleh pimpinan DAP bahawa mereka telah mengenal pasti calon untuk menggantikannya di Bukit Bintang, sebelum dia memutuskan untuk keluar parti.

Menurut Lee, langkah meletakkannya di kerusi lain adalah disebabkan gaya politiknya yang “tidak suka berperang” yang dianggap tidak sesuai dengan kepimpinan parti.

Dilaporkan bahawa Lim adalah antara mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Khianat rakan dalam DAP, Kit Siang cuba belagak suci

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Leave a Reply

Your email address will not be published.