“Selamat Berjaya Malaysia” – Pelakon Squid Game Heo Sung-Tae Ucap Tahniah Kepada Kim Pan Gon

“Selamat Berjaya Malaysia” – Pelakon Squid Game Heo Sung-Tae Ucap Tahniah Kepada Kim Pan Gon

“Selamat berjaya Malaysia”.

Itu yang dimuat naik pelakon Korea Selatan, Heo Sung-tae di ruangan Instagram Story, pada Jumaat.

Sung-tae yang popular sebagai Jang Deok-su dalam siri popular Squid Game, memuat naik ucapan itu beserta tangkap layar ciapan seorang individu di Twitter yang meletakkan wajahnya sebagai perbandingan watak dalam siri paling popular 2021 itu, dengan wajah ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon.

Tidak dapat dipastikan siapa yang memuat naik ciapan berkenaan di Twitter sehingga menarik perhatian Sung-tae.

Tangkap layar IG Story Sung-tae.

Sejak Pan Gon mengambil alih pasukan negara awal tahun ini, ramai peminat menyamakan wajahnya yang saling tidak tumpah dengan wajah dan imej Sung-tae semasa dia membawakan watak Deok-su.

Pan Gon berjaya membimbing skuad kebangsaan ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun, selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan pada Selasa lalu.

Mengikut jadual, Piala Asia dijangka akan berlangsung tahun hadapan.-AA

“Selamat Berjaya Malaysia” – Pelakon Squid Game Heo Sung-Tae Ucap Tahniah Kepada Kim Pan Gon

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker